Sunday 1 January 2017

Monday 28 November 2016

Hari Keluarga Jalan Desaria 1 di D'Alai Homestay Melaka.

Assalamualaikum,

Sudah lama saya tak update bloq ini kerana sibuk menguruskan diri,kerjaya dan juga tempahan Homestay D'Batrisya Desaria Nilai.Pada 26.11.2016 Jalan Desaria 1 ,Taman Desaria Nilai telah julung julung kalinya mengadakan Hari Keluarga sempena 10 tahun di Taman Desaria Nilai.Alhamdullilah program berjalan dengan lancar dan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli keluarga yang terlibat.Berikut adalah sedikit sebanyak gambar untuk dikongsi.
Warga Jalan 1
Kenduri Air pasar malam


Air pasar malam

Anak Den dengan sepupu di D'Alai homestay

Kolam mandi.

Tuesday 27 September 2016

D'Batrisya Desaria Nilai Homestay= Revision 2.

Dapur, Mini Bar dan Dapur Memasak.

Rumah Teres 1 Tingkat.

Assalmualaikum dan selamat sejahtera.

Kami menyediakan Homestay yang Murah dan selesa bagi sesiapa yang mempunyai urusan di sekitar area Nilai,Bandar Bukit Mahkota,Bangi dan Bandar Baru  Salak Tinggi.

Sila Hubungi no yang tertera di ruangan pamplet bagi mendapatkan info yang jelas dan lebih lanjut.

Wednesday 14 September 2016

Gout Oh Gout...

Salam sejahtera,Salam 1 Malaysia,

12.9.2016
Raya Haji telah pun tiba.Aku berada di Kampung Isteri Ku bagi menyambut Hari Raya Aidil Adha.Dan of course selepas solat sunat Hari Raya Aidli Adha akan bermulalah acara korban yang akan bermula di rumah arwah abang ipar aku,Abg Yeh@ Alias Bin Man.(Al Fatihah).

Depa ni tiap tiap tahun sembelih lembu(means korban la).Tapi bukan nie yang aku nak sentuh sangat.Aku nak sentuh pasal kesan Daging Lembu terhadap aku as pesakit Gout tegar..

Dan Alhamdullilah..Tahun Ni aku sangat kurang makan daging lembu,perut lembu dan apa saja yang berkait rapat dengan Lembu pasal tahun nie saja , start dari balik Hatyai sampai Bulan lepas asyik kena Gout ajer(Indon panggil Asam Urat).

Daging lembu menpunyai kandungan Purine yang tinggi..lebih kurang 700mg/100g.. maksudnya dalam 100gram daging tu ada 700mg la purin dia..Had limit sehari manusia pesakit gout cam aku ni boleh amik hanya 100~150mg per day sahaja.
Berikut aku listkan senarai makanan berpurin mengikut kandungan per/100 g untuk rekod aku.

100~1000mg/100g
1.Ginjal
2.Ekstrak daging(macam air daging kot)
3.Daging Itik(Bebek)
4.Ikan Sardin
5.Mackerel..(sardin dalam tin kot)
6. Kerang..(Feberet ni)
7.Sotong Hatyai...

9~100mg/100g

1.Ayam
2.Udang(macam tipu ajer)
3. Andai Ku Tahu..
4.Tempe.
5.Asparagus
6.Bayam
7.Daun Ubi
8.Kangkung

< 9mg/100g

1.Ubi.
2.Jagung
3.Roti.
4.Mee/bihun
5.Cake/Biskut Raya
6.Keju.
7.Telur
8.Semua Jenis Buah.
9.Sayur kecuali Kangkung,Bayam,Asparagus.

Semoga info ini berguna sebab aku memang kandungan purin dah tinggi.kaki pun sakit selalu.Semoga berpantang ni boleh la turun kan kandungan purin dalam darah aku yang dah dekat 400 lebih ni..


Friday 2 September 2016

Kisah BMW, Rumah Besar Dan Laman Abadi.

Salam,

BMW hanyalah kenderaan di dunia, bila dah padam nanti,1 ajer kenderaan rasmi iaitu keranda.Sama ajer.
Rumah Besar hanyalah rumah di dunia sahaja.bila dah padam nanti saiz rumah konfirm standard.4kaki lebar,6kaki panjang, 7 kaki dalam...Beringat la.
Laman Abadi..kat Nilai ajer kot yang ada..tanya orang Nilai Impian dan sekitar mesti tahu..
Sekian..

Monday 22 August 2016

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali Pertama.

Salam,
Alhamdullilah hari ini genap sebulan D'Batrisya Desria Nilai Homestay beroperasi.Banyak juga ragam ragam customer yang telah saya jumpai.By the way, terima kasih kerana sudi menginap di homestay kami yang tak seberapa ini.
23- 29 hb tempahan homestay kami sudah penuh.Pada mulanya pelik juga kenapa ramai yang ingin menginap pada tarikh berkenaan.Rupa rupanya,tarikh 23-29 adalah minggu konvokesyen Kolej Vokasional dan ia adalah julung julung kali di adakan di Dewan Tuanku Canselor USIM. di ucapkan tahniah kepada Adik adik ini kerana menamatkan pengajian dan berjaya memperolehi sgulung diploma.Tahniah..

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL KALI PERTAMA

Date:Ra. 24 Ogs, 2016 8:00 am - Ju. 26 Ogs, 2016 6:00 pm
Duration:2 Days 10 Hours
ANJURAN : BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Wednesday 17 August 2016

Homestay di Nilai 3






D'Batrisya Desaria Nilai Homestay,
No 531, Jalan Desaria 1,
Taman Desaria Nilai,
71800 Nilai 
Negeri Sembilan.
*Guna apps Goggle Maps untuk cari.(use Goggle Maps app for search)

Kami di sini menyediakan perkhidmatan homestay kepada anda dan keluarga anda bagi tujuan menghadiri pesta konvokesyen universiti awam dan swasta, Majlis perkahwinan saudara mara dan sahabat handai,Kursus,outstation,menunggu connecting flight atau perkara lain lain di sekitar daerah Nilai.
Homestay Rumah Teres 1 tingkat, 3 Bilik Tidur ,1 Bilik Mandi dan 1 Bilik Air. Ruang Parking Kereta Berbumbung dan boleh juga diletakan Bas atau Van persiaran di parking hadapan rumah.(Tiada penduduk hanya kawasan lapang).

Berdekatan dengan Lokasi berikut:
A) Bandar Bandar Utama: Putrajaya dan Cyberjaya(30km),Bandar Baru Bangi dan Bangi (22km), Seremban,Labu,Bandar Ainsdale (20km), Semenyih,Kajang(25km).Tol Plus Bandar Sri Putra (7km) dan Tol Plus Nilai(7km)

B) Pusat Latihan, Universiti,Asrama Penuh.
=Pusat Latihan Bangi,(25km)
= USIM (10km/15minit)
= UKM ( 22km/22min)
= UPM ( 25km/23min)
= Manipal International Universiti (9km/14min)
= UniKL/MFI Bangi (19.8km/20min)
= GMI Bangi (25km/23min)
= KUIS (7.8km/12min)
= Inti College ( 12km/17min)
= KPJ healthcare College (17.1km/22min)

C) Dewan Dewan Perkahwinan dan Acara.
= Nilai Convention Hall ( 6.5km/9min)
= Nilai Indoor Stadium (9.9km/15min)
= Dewan Majlis Perbandaran Nilai ( 8.1km/11min)
= Dewan Rymba Haven (9.8km/16min)

D) Hospital dan Pusat Perubatan.
= Hospital Seremban (32.9km)
= Hospital Serdang (28km/25min)
= Hospital Nilai Medical Center (9.6km/13min)
= NCI Cancer Hospital (9.6km/13min)
= Columbia Hospital Seremban (27.6km/24min)

E) Pusat Perlancongan.
= Bangi Wonderland Theme Park (8.3km/10min)( Buka Penhujung Ogos 2016)
= Broga Hill (16km/20min)
= KLIA 1 and KLIA 2 (25km/26min)
= Sepang International Circuit(F1) (19.5km/23min)

F) Shopping Area.
= Nilai 3 (3km/3min)
= Mitsui Outlet Park (Japan) Klia (28.7km/30min)

D) Public Transport Station.
= Komuter Station Batang Benar/Nilai/Bangi =(10km radius)
= ERL Salak (train to Klia) (22km/23min)
Kadar Sewaan/Daily Rate

*Harga Promosi Pembukaan (Opening Price 2016)

- Ahad ~Khamis = Rm110/Night
- Jumaat~ Sabtu/Public Holiday/School Break = RM130/Night.

*Diskaun akan diberikan kepada pengunjung yang mahu menyewa secara mingguan.
* Pengankutan Untuk ke KLIA/Bangi Theme Park/Nilai 3/Stesen LRT/ERL boleh diuruskan.

Kemudahan.
Master Bedroom~ King Bed + Aircond+ Fan.
Middle Room ~ 2 Super Single Bed + Wall Fan.
Child Room ~ Single Bed + Wall Fan
Mini Bar,TV 32inch,Astro Njoi satelitte TV, Dinning Table, Japanese Table.Cerek Elektrik,Iron Board,Sterika*(upon request)Extra Fan* (upon request)
Rumah menggunakan konsep Japanese House(Washitsu).Tiada Sofa dan kerusi di ruang tamu.Mengutamakan konsep Ruang Kosong dan Luas.
Boleh memuatkan 6~8 orang.

Others:
~Speedmart Market,7eleven,Macdonald,KFC Burger King,Sushi King,9th avenue ,Giant Hypermarket dan Tesco Nilai dan Bandar Bukit Mahkota.

Berminat sila hubungi melalui whatsapp/telegram.


Azizah 0126176015
Hafizan  0125607843



Homestay Baru
Homestay Bersih
Homestay Murah
Homestay Negeri Sembilan

Homestay D'Batrisya Desaria Nilai